ShoutMix chat widget

Monday, January 11, 2010

Del Sol 92-96

Honda Del Sol...?Apa yang aku tahu tentang kereta ni dia dilahirkan dalam bentuk coupe sahaja dan kereta ni gak adalah generasi ketiga kepada si anu yang memegang "title" CR-X, kiranya dia ni adik no.tiga kepada along dan angah dia iaitu Honda CR-X generasi pertama dan kedua yang dilahirkan dari (88-91). si Del Sol ni plak dilahirkan bermula pada tahun 1992 di Japan dan UK seterusnya di US pada tahun 1993. kereta ni ditamatkan pengeluarannya pada tahun 1997 di US dan serata pelusuk dunia pada tahun 1998. apa yang aku tahu gak kereta ni direka based kepada model Civic EG dan semestinya CR-X, sabab tu gak lah kereta ni turut dicalling sebagai Honda Civic Del Sol dan Honda CR-X Del Sol. perkataan Del Sol adalah berasal daripada Spanish yang bermaksud the sun atau in Malaynya si matahari merujuk kepada kereta yang terbuka bumbungnya....si Del Sol ni dikeluarkan dalam beberapa versi dengan memakai "title" EG gak iaitu (EG1 dan EG2) dan EJ4 bagi model latest......menggunakan beberapa versi enjin seperti D15B dan B16A, namun hanya EG2 sahaja yang menggunakan enjin berkod B16A VTEC terus dari kilang....si Del Sol ni dibekalkan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan...kereta ni digantikan pengeluarannya oleh model Honda S2000 roadster pada tahun 1999....1st time aku nengok kereta ni mau jer aku calling si buruk rupa, tapi bila ditenung-tenung, lawo la plak perkakas ni..muahahahaha...petang-petang bawak awek pusing-pusing kat tepi pantai memang masyuk...mesti rase cam berangin-angin jer kat atas kepala...huhuhu...kat Malaysia aku tak pernah lagi nengok kereta ni, sape-sape yang pernah nengok atau ada benda ni kat dalam garaj diorang bolehlah kongsi-kongsi dengan aku dan pembaca-pembaca yang lain.......aahhhhaaaaakkkkkkk..
























0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Term of Use

kereto sokmo Copyright © 2009 FreshBrown is Designed by Simran